Manusia Itu & Kesatria
Pada hari yang sama, kami telah berlatih kawad(macam la ada benda lain yang biasa buat).. Semasa salah satu daripada Platun-Platun Lelaki berkawad, ada antara manusia dalam Skuad PERKAD mengetawakan mereka - kerana mereka bersama2 menyuarakan kata hukuman 'kiri kanan kiri', tetapi langkah mereka langsung tidak mengikut apa yang disuarakan. Aku diam.
Manusia2 yang ketawa tadi bersuara pula mengutuk sekalian ahli platun lelaki itu tadi. Kali ini aku tidak mampu berdiam diri. Aku berkata, "Tak baik ketawakan orang. Kita kawad pun teruk juga."
Manusia itu tidak puas hati apabila mendengar kata-kataku. Dia mengutuk aku diam2. Tapi dalam hatiku terdetik,"Macamlah aku tak dengar..". Namun aku senyapkan saja diriku dari mengeluarkan kata2 sinis.
Manusia tadi masih tidak puas hati. Dia bertanya pada rakan sepejuanganku(Wanie Sapari),"Dia Perkad ke?"
"A'ah.. Dia memang Perkad,"jawab Wanie. "Patutla..."balas manusia itu sambil melempar pandangan yang cukup menyakitkan hati kepadaku. "Setiap manusia tak sepi dari melakukan kesilapan. Maksud saya tadi, kita mungkin PERKAD, tapi kita pun buat salah jugak. Tak eloklah ketawakan orang lain. Saya pun buat salah masa berkawad tadi.." Aku bersuara tanpa menghiraukan pandangannya yang tajam.
Kenapa harus ketawakan orang lain?
Sedangkan kita sendiri pun tak betul..
PERKAD tahu berkawad,
Tapi sentiasa buat salah - itulah definisi 'kita lagi teruk' ku tadi...
Orang lain baru nak belajar..
Kenapa perlu patahkan semangat mereka?
Kenapa harus kau ketawakan mereka?
Kenapa perlu bangga tentang sesuatu yang bukan KAU kecapi?
Kau mengaku kau PERKAD,
Tapi kau tak pernah menonjolkan diri semasa kawad kumpulan,
Kau tak pernah memberi sokongan kepada kami seperti rakan yang lain,
Kau tak pernah berterima kasih kepada para komander yang sama berkorban untuk PERKAD.
Apa yang kau tahu pasal susah payah kami?
Apa yang kau faham tentang sakit hati kami?
Kau tak habis-habis mengutuk para Komander,
Kau memboikot ahli platun PERKAD yang bertanding untuk nama fakulti,
Kau berani gelar diri kau ahli Skuad PERKAD?!
Memalukan.
Mengaibkan.
Kau tak pernah sedar,
Kami berkawad dengan penuh semangat,
Tapi kau senantiasa memperlekehkan perpaduan kami,
Kami mencuba untuk perbaiki diri,
Kau pula tidak putus memusnahkan usaha kami.
Kami tak pernah bangga walau sesaat,
Kami sedar walaupun kami mampu berkawad,
Ada yang lebih hebat dari kami..
Sedarlah manusia,
Kau hanya menghancurkan harapan kami,
Kau hanya menyusahkan kami dengan egomu itu.
Keluarlah dari PERKAD andai kata kamu tidak mampu berubah,
Keranamu hanya akan memyebabkan kami kecundang.
Manusia itu : Ala.. takde style la..
Kamu yang lain faham tak perasaan aku?
Kau ingat Kesatria ni benda untuk stylo-stylo ke?
Kau ingat Padang Kawad nih "Runway Stage" ke?!
Ei... tolonglah faham manusia...
Aku makin menyampah..
Aku yakin orang lain pun menyampah..
Cuma kau je fikir yang kau tu "COOL"...
Tolongla... eeewwww...






RSS Feed (xml)